Tanda Kedatangan Pemimpin Akhir Zaman (2)

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW,

“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salju karana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Berbunuh-bunuhan yang dimaksudkan di sini adalah Perang Teluk. Perang ini adalah perang besar yang menelan banyak korban. Tujuan peperangan ini sengaja mau membunuh banyak orang yang sepatutnya tidak terlibat dalam peperangan. Orang-orang yang menderita akibat peperangan tersebut juga sangat banyak.

Tempat simpanan Kaabah yang dimaksudkan adalah kawasan Teluk Parsi (Al-Khalij) karena di situ terletaknya salah satu telaga simpanan minyak yang terbanyak di dunia.

Tiga beradik yang dimaksudkan ialah tiga negara yang asal-usulnya dahulu dari satu orang khalifah Allah (Nabi Ibrahim AS) iaitu Amerika Serikat, Eropah dan Iraq. Ketiga-tiga pihak itu tidak satu pun yang boleh dikatakan menang atau mendapat minyak tersebut. Tiada juga yang dapat dianggap sebagai pemimpin.

Itulah tanda besar akan kedatangan khalifah Rasulullah, yakni Imamul Mahdi. Beliau akan menyelesaikan segala permasalahan dunia yang kusut di hari ini. Beliau yang akan membawa kedamaian di Iraq, Afghanistan, Palestina, dan seluruh tempat didunia in iyang sedang dirundung masalah.

Panduan Rasulullah saw, bila melihat telah berlaku tanda tersebut maka berbaiahlah dengan Pemuda Bani Tamim (Al Fata At Tamimi) walaupun terpaksa harus merangkak di atas salju.

This entry was posted in Peristiwa Akhir Zaman, Perjuangan, Tokoh Kebangkitan Kedua. Bookmark the permalink.

One Response to Tanda Kedatangan Pemimpin Akhir Zaman (2)

  1. hafizah says:

    assalamualaikum…semoga apa yang diperjuangkan tercapai ..Allah sentiasa akan bersama orang2 yang benar walau pada awalnya dia dikaburi dengan fitnah2 musuh2nya..Siapa yang tidak tahu apa benar mereka itu tidak benar ,jangan bertindak melulu..Hanya Allah yang tahu samada akidah sesorang muslim terpesong/tidak.Kerana akidah itu soal hati…Siapa yang lebih tahu tentang Hati..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s